Sunday 5 February 2012

Salam

Lagu       : Mystery, Perfection (Beast) & No Better Than Strangers (Baby Soul)
Mood     : Agak ok.
Sarap      : Milo fuze semug dan epal merah sebijik

Salam..
Aku pun tak tahu apa punca aku delete soma blog lama aku dan bukak satu blog baru. Mungkin sebab aku nak hilangkan trace aku dalam dunia blog. Sebab dulu boleh kata soma follower blog aku kenal aku personnally. Mungkin jugak sebab saja gatai tangan nak mulakan blog baru. Mungkin jugak sebab yang aku sendiri tak tahu.

Aku tak leh nak bagi jaminan yang blog ni akan menarik minat sesiapa. Jugak tak ada jaminan yang apa yang aku post kat sini tak kan sakit kan hati sesapa. Jaminan jugak aku tak bagi yang readers akan suka dengan apa yang aku tulis. Aku bukannya pandai menulis sangat. Cuma pandai nak tekan keyboard, tulis dengan bahasa yang tunggang langgang, tatabahasa salah sana sini, ayat berterabur sampai aku sendiri tak faham dengan apa yang aku tulis.

Aku cuma boleh bagi jaminan yang apa yang aku tulis adalah 100% datangnya daripada aku kecuali aku nyatakan sumbernya. Jugak aku boleh bagi jaminan yang takkan ada bahasa2 kasar yang langgar habis semua tatasusila aku sebagai manusia normal.

Cukup aku kata, aku ikhlas menulis dengan jujur. Tak ada selindung2, tak main tipu2. Apa yang aku tulis mungkin sentuh hal2 dari sekecik2 zarah sampai sebesar-besar cakeralawa. Kalau ada sesiapa yang sentap, aku mintak maaf dulu, kalau nak tegur sila guna cara berhemah dan kalau ada yang salah tolong kemukakan bukti sebagai penyokong.

Aku open minded tapi ada batasnya. Agama dan adat, tu dua benda yang aku tak boleh nak tolorate. Jadi kalau nak bagi pandangan, pendapat, kritikan tolong ambik berat dua benda tu. 

Tu jelah aku nak tulis. Harap kita semua boleh jadi kawan yang boleh menerima dan diterima. Kawan yang boleh menegur dan ditegur. 

p/s : Bahagia tu hak kita selagi kita tak rampas bahagia orang lain.

1 comment:

adele said...

salam..

kalau mcm tu selamat dtg ke dunia blogging wlaupun sblum ni dah pernah berblog ;)

http://cetusanhati.com