Wednesday 29 February 2012

LUPA

Dinner  : Megi tomyam
Mood   : Alone
Lagu     : Calling Out OST Cinderella Stepsister by Luna & Krystal f(x)

Salam.

Ini bukan soal terlupa, sesuatu tindakan yang tak disengajakan. Ini soal melupakan dan dilupakan, sesuatu tindakan yg disengajakan. Semua manusia dlm dunia ni ada perkara yg nak dilupakan. Kenangan hitam, memori pahit, masa silam yg kelam, semuanya nak dilupakan. Kita boleh set otak kita utk lupakan sesuatu. Banyak cara yg boleh kita buat utk lupakan benda2 tu. Kita boleh jauhkan diri, lari sejauh mana yg kita nak, hilangkan diri, putuskan semua connection.

Kalau semua benda yg kita nak lupakan boleh kita delete @ padam guna pemadam sebersih mungkin, mungkin hidup akan jadi lebih mudah. Mungkin bila tu mampu terjadi, manusia takkan jadi pendendam. Tapi semua tu sekadar mungkin yg takkan pernah jadi kenyataan. Sebab manusia bukan Tuhan. Dan sebab apa yg Tuhan aturkan tu adalah yg terbaik buat kita, walaupun pahit kena telan, walaupun hitam kena hadap, masih ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya.

Sedar @ tak, semua perkara yg kita nak lupakan tu sebenarnya ajar kita tentang erti hidup. Ajar kita utk kenal dunia. Beri pengajaran pd kita, manusia rambut sahaj sama hitam, hati lain-lain. Beri peringatan pd kita, jalan hidup walaupun jalan sehala, masih ada u-turnnya, masih ada simpang empat dan tiganya.

Kalau tanya hati sekarang, memang nak lupakan sahaja semua yg diri tengah mengadap. Lalui ja setiap saat yg mendatang utk diri dan keluarga. Selesai bab hidup yg ini, terus tutup buku, bukak buku baru. Tapi makin beriya kita nak lupa, biasanya makin susah jadinya. Makin kuat ingatan tu melekat. Adat manusia, yg pahit itu lebih mudah diingat dari yg manis. Sebab yg pahit tu tak nak dirasa lagi.

Biar seksa manapun ujian yg Tuhan bagi, biar sakit manapun dugaan yg mendatang, biar banyak mana sekalpun air mata yg dah mengalir, tolong ingat satu. Senyum! Sebab Tuhan masih ada!





Monday 20 February 2012

CINTA

“Memang ibu dan ayah kadang-kadang bukan orang yang paling memahami kita, bukan orang yang paling rapat dengan kita, bukan orang yang ajar kita segala macam ilmu dan mungkin juga bukan orang yang paling sayang pada kita. Tapi redha ibu ayah tetap redha yang kita kena cari. Restu ibu ayah tetap benda yang kita kena ada untuk hidup bahagia. Dan keampunan mereka tetap sesuatu yang kita harus dapat sebelum kita menghadap Allah. Selagi kita tak langgar hukum-hakam Allah, selagi tu kita kena patuh apa yang ibu ayah kata, apa yang ibu ayah suruh. Tok Ma tak nak cucu-cucu Tok Ma jadi anak derhaka di mata Allah.” Tok Ma yang duduk di kerusi roda tarik nafas dalam sebelum kembali bersuara. “Cinta hakiki kita milik Allah. Cinta abadi kita buat Rasulullah. Dan cinta buat ibu ayah adalah cinta dunia akhirat. Allah ciptakan ibu ayah bukan untuk dihina, bukan untuk dimaki, dicerca. Tapi untuk disayangi dan dihormati. Kalau mereka tak mampu pimpin kita ke landasan Islam sebenar, jadi tanggungjawab kita pimpin mereka ke jalan yang benar.” 

- petikan dari 1 Hikayat (Noor Jannah) -

Tuesday 7 February 2012

Taste

Lagu     : Empty (JYJ)
Mood   : Ok la!
Brunch  : Vilo semug dan kuih cincin 2 3 keping.

Salam.
Taste aku sebagai sorang manusia sangat simple. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, aku memang simple. Tak pandai nak bergaya, malas nak bergaya dan rimas kalau bergaya sangat. Aku tengok manusia sekeliling aku, semuanya minat dengan benda2 yang cantik, trendy dan glomour. Tapi aku, makin simple, makin aku suka.  Taste yang agak boyish. 

Suka tengok orang bershoping semata-mata nak penuhi taste masing2. Tapi rimas bila nak kena shoping itu ini. Lasut kuliah 1 sem 1 ja. Banding dengan budak lain yang bertukar2 kasut sentiasa. Beg kuliah pun selagi tak rosak selagi tula aku hentam pakai. Sayang ke duit nak beli lain. Baju kuliah ada la ok skit. Tak ada mengulang baju yang sama setiap hari. Kalau beli baju baru yang sepasang RM35, 3 pasang RM100. Simple, x menyerlah dan x glamour langsung.

Aku suka tengok orang yang bergaya dan kena gaya pakainya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Tapi nak suruh aku buat benda yang sama, mintak maaf susun sepuluh jari tangan, aku x mampu nak lakukan. Sebab aku yang pentingnya rasa rimas.

Pernah kena tegur, tapi macam biasa aku buat dek. Sebab aku memang macam ni. Mata orang kata aku nampak dull dan boring. Tapi mata aku nampak simple dan sweet. Nice!

Nak tempek blusher, pakai eyeliner segala, mintak tolong cari orang lain untuk dijadikan contoh. Sebab kalau nak tengok aku pakai semua tu, sampai kesudah tak adanya. Silap hari, waktu kawin nanti pun aku cuma tempek compact powder dengan lip balm sikit. Boleh?????

Sunday 5 February 2012

Isteri




Kisah yang cool tentang seorang isteri....

Salam

Lagu       : Mystery, Perfection (Beast) & No Better Than Strangers (Baby Soul)
Mood     : Agak ok.
Sarap      : Milo fuze semug dan epal merah sebijik

Salam..
Aku pun tak tahu apa punca aku delete soma blog lama aku dan bukak satu blog baru. Mungkin sebab aku nak hilangkan trace aku dalam dunia blog. Sebab dulu boleh kata soma follower blog aku kenal aku personnally. Mungkin jugak sebab saja gatai tangan nak mulakan blog baru. Mungkin jugak sebab yang aku sendiri tak tahu.

Aku tak leh nak bagi jaminan yang blog ni akan menarik minat sesiapa. Jugak tak ada jaminan yang apa yang aku post kat sini tak kan sakit kan hati sesapa. Jaminan jugak aku tak bagi yang readers akan suka dengan apa yang aku tulis. Aku bukannya pandai menulis sangat. Cuma pandai nak tekan keyboard, tulis dengan bahasa yang tunggang langgang, tatabahasa salah sana sini, ayat berterabur sampai aku sendiri tak faham dengan apa yang aku tulis.

Aku cuma boleh bagi jaminan yang apa yang aku tulis adalah 100% datangnya daripada aku kecuali aku nyatakan sumbernya. Jugak aku boleh bagi jaminan yang takkan ada bahasa2 kasar yang langgar habis semua tatasusila aku sebagai manusia normal.

Cukup aku kata, aku ikhlas menulis dengan jujur. Tak ada selindung2, tak main tipu2. Apa yang aku tulis mungkin sentuh hal2 dari sekecik2 zarah sampai sebesar-besar cakeralawa. Kalau ada sesiapa yang sentap, aku mintak maaf dulu, kalau nak tegur sila guna cara berhemah dan kalau ada yang salah tolong kemukakan bukti sebagai penyokong.

Aku open minded tapi ada batasnya. Agama dan adat, tu dua benda yang aku tak boleh nak tolorate. Jadi kalau nak bagi pandangan, pendapat, kritikan tolong ambik berat dua benda tu. 

Tu jelah aku nak tulis. Harap kita semua boleh jadi kawan yang boleh menerima dan diterima. Kawan yang boleh menegur dan ditegur. 

p/s : Bahagia tu hak kita selagi kita tak rampas bahagia orang lain.